Lamborghini jual lebih banyak kereta sepanjang tempoh 1H 2024

163

Lamborghini mencatatkan rekod baharu bagi kenderaan yang terjual sepanjang tempoh separuh pertama tahun ini.

Untuk tempoh Januari hingga Jun 2024, Lamborghini berjaya meningkatkan angka jualan secara keseluruhan, sebanyak 5,558 unit kenderaan diedarkan antara Januari hingga Jun.

Daripada jumlah tersebut, 3,152 unit terdiri daripada SUV Urus diikuti 2,043 unit (Huracan), 355 unit (Revuelto) dan baki lapan unit terdiri daripada model Aventador.



Untuk tempoh yang sama Lamborghini menjana pendapatan sebanyak EUR 1.6 bilion (RM8.02 bilion), atau peningkatan sebanyak 14.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2023.

Dari segi pengedaran, Amerika Syarikat kekal menjadi pasaran terbesar Lamborghini dengan 1,621 unit, diikuti Jerman (595), United Kingdom (514), Jepun (354), China, Hong Kong dan Macao (337) serta Itali (268).

Pesanan Lamborghini kekal utuh buat masa ini yang mana tempahan model Huracan melengkapkan keseluruhan pengeluaran sehingga barisan produksi dijangka ditutup pada Disember ini.

SUV Urus SE yang dilancarkan pada April lalu turut mendapat sambutan positif, dengan jumlah tempahan yang diterima kini menyamai jumlah produksi selama satu tahun.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here