Polis cari keluarga remaja 13 tahun pandu Perodua Viva

178

Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan remaja lelaki memandu Perodua Viva secara melulu di sekitar kawasan perumahan.

Menerusi video itu, seorang wanita meminta remaja berusia 13 tahun itu menghentikan kenderaan di tepi jalan.



Menerusi video berdurasi 1 minit 49 saat tersebut, dipercayai remaja berkenaan dilihat beberapa kali memandu di kawasan berkenaan.

Berdasarkan perbualan dalam video, remaja itu mengetahui bahawa usianya masih tidak dibenarkan memandu kenderaan.

Remaja itu juga meminta wanita berkenaan bertemu dengan bapanya selepas ditegur akan kesalahan yang dilakukannya.

“Jumpalah saya tidak kisah,” jawabnya selepas wanita yang merakamkan video berkenaan memberitahu akan melaporkan kejadian itu ke pihak polis.

Sementara itu, Kosmo melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata pihaknya sedang membuat semakan sama ada laporan polis sudah dibuat atau belum berhubung kejadian tersebut.

“Kita juga akan mengesan keluarga remaja tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here