Demi keselamatan pengguna, Continental mengumumkan pengembangan teknologi ContiSeal yang inovatif kepada set produk dan saiz rim yang lebih luas.
Kali pertama diperkenalkan pada 2003, teknologi ContiSeal ditambah baik selama lebih dua dekad. Ia membolehkan menampal segera sebanyak 80 peratus daripada semua tusukan, dan 99.9 peratus daripada tayar pancit sehingga diameter 5mm tusukan.
Melalui proses pemvulkanan, ketahanan dan keanjalan tayar ContiSeal menghasilkan bunyi dikurangkan sehingga 3dB melalui ruang jisim yang diminimumkan dalam tayar.
Teknologi itu mampu menyumbat lubang sehingga diameter 5mm dengan menghasilkan pengedap kedap udara yang menghalang udara daripada bocor.
Digunakan pada bahagian dalam tayar di kawasan bunga, lapisan pengedap memastikan tayar mengekalkan integriti dan prestasinya, walaupun dalam keadaan yang ketat dan mencabar.
Oleh itu, dalam keadaan penembusan objek asing, seperti paku. Tidak ada keperluan segera untuk menukar tayar di tepi jalan dan lubang tetap tertutup walaupun objek tercabut.
Sebagai bukti kepada kebolehpercayaan tayarnya, prestasi teknologi pengedap kendiri tidak terjejas oleh faktor persekitaran, dengan hayat perkhidmatan yang melebihi tayar itu sendiri, sekali gus memberikan perlindungan yang berterusan sepanjang jangka hayat tayar.
Berbeza dengan run-flat tyres
Berbeza dengan run-flat tyres, tayar ContiSeal berfungsi seperti tayar standard tanpa mengorbankan keselesaan dan tidak memerlukan pengubahsuaian kenderaan khusus.
Tidak seperti tayar pancit run-flat, yang mempunyai had pada pengendalian, kelajuan dan jarak, tayar ContiSeal mengekalkan integriti dan prestasi walaupun selepas pancit, sekali gus membenarkan pemanduan tanpa had dan boleh dibaiki jika perlu.
Meskipun tayar pengedap kendiri mungkin pada awalnya adalah lebih mahal, dalam jangka panjang tayar ini merupakan penjimatan kos untuk pemilik kereta, sekali gus mengurangkan keperluan untuk bantuan di tepi jalan, penundaan atau penukaran tayar dengan kerap.
Tambahan pula, Continental menjamin ContiSeal di bawah waranti pembuatan standard. Sekiranya berlaku sebarang kecacatan prestasi pengedap untuk tusukan dalam lingkungan 5mm (di kawasan bunga), bayaran balik waranti pro rata akan diberikan.
Selain itu, dengan pembelian tayar ContiSeal, pengguna jalan raya juga boleh meraih manfaat daripada Total Confidence Plan (TCP), yang menyediakan penggantian tayar satu sama satu untuk kerosakan jalan yang tidak dijangka dalam tahun pertama, dengan tuntutan diuruskan dengan mudah melalui aplikasi Conti TCP.
Walaupun ContiSeal menawarkan pembaikan segera, penyelenggaraan susulan akan memastikan keselamatan dan prestasi jangka panjang.
Disebabkan keupayaan pengedap kendiri yang berkesan, ramai pemandu mungkin tidak menyedari sebarang tusukan atau objek tajam menembusi tayar ContiSeal.
Continental mengesyorkan penggunaan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) untuk memantau sebarang penurunan tekanan tayar. Pemeriksaan tayar secara berkala oleh pakar tayar untuk memastikan integriti tayar yang berterusan dan jangka hayat produk.
Pemandu dinasihati melawat kedai pengedar tayar untuk pemeriksaan menyeluruh yang seterusnya boleh merosakkan struktur dalamannya.
Tawaran meluaskan beberapa varian tayar
Continental menyasarkan matlamat untuk menggabungkan sepenuhnya teknologi ContiSeal menjelang Julai 2024 merangkumi tayar bersaiz antara 16 hingga 20 inci membabitkan
- UltraContact UC7
- PremiumContact C
- UltraContact UC6 SUV
Tersedia di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai e-dagang Shopee dan Lazada rasmi Continental, langkah strategik ini mencerminkan komitmen Continental untuk meluaskan jangkauan teknologi inovatif ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia.