Proton previu EV pertama eMas 7, bakal dijual hujung tahun ini

240

Proton mempertontonkan kereta elektrik (EV) pertamanya yang dikenali sebagai eMas 7 kepada media sebentar tadi. 

Bagaimanapun, Proton menafikan EV sulung tersebut merupakan model rebadge Geely Galaxy E5 sepenuhnya seperti mana didakwa sebelum ini.

Model itu dibangunkan bersama antara kedua-dua syarikat kereta tersebut yang melibatkan 230 jurutera dan pereka Proton.



PLATFORM GEA

Berasaskan platform GEA, ia merupakan seni bina pintar AI empat dalam satu pertama di dunia yang menggabungkan “peralatan, sistem, ekologi dan AI”.

Sekaligus menyokong elektrifikasi penuh dengan pilihan trenkuasa seperti elektrik penuh, hibrid, penambah perbatuan dan metanol hijau yang menyediakan pengguna dengan pelbagai pilihan kuasa yang luas dan fleksibel.

Platform GEA membolehkan bateri eMas 7 dan Geely E5 disepadukan sepenuhnya ke dalam rangka kereta (sel-ke-badan atau CTB) yang bertindak sebagai struktur. Ini membolehkan kereta itu mempunyai ketegaran kilasan sehingga 31,000Nm setiap darjah.

BAHASA REKAAN E5

Geely E5

Pada majlis pra tonton itu, luaran eMas 7 ditutupi dengan kamouflaj berwarna biru dan hitam. EV Proton itu menerima lampu depan yang tirus mirip E5 manakala lampu bentuk C di sisi bampar depan.

Selain itu, di tengah gril diletakkan logo Proton eMas baharu yang merupakan versi harimau yang dinaiktaraf.

Hendal pintu eMas 7 adalah versi ‘pop out’ dan bahagian belakang didatangkan dengan lampu yang ditarik penuh sepanjang pintu but serta lencana ‘PROTON’ di bawahnya. 

Bahagian dalam masih ditutup rapi yang mana kemungkinan bentangan kabin eMas 7 bakal mirip dengan E5. 

Tetapi, EV Proton itu akan didatangkan dengan aplikasi Proton eMas sama seperti aplikasi Hello Smart oleh Pro-Net.

PROTON PASARKAN VERSI CBU 

Selain itu, eMas 7 akan didatangkan dengan sistem hiburan Flyme Auto pada skrin sentuh 15.4-inci dengan resolusi 1.5k dikuasakan cip 7NM. 

Diposisikan dalam SUV segmen-C, eMas 7 memiliki panjang 4,615 mm, lebar (1,901 mm), tingi (1,670 mm) dan jarak roda 2,750 mm. Ia menggunakan bateri generasi baharu Aegis short blade dengan ketahanan 3,500 kitaran. 

eMas 7 bakal dipasarkan ke pasaran tempatan sebagai model (CBU). Justeru itu, untuk mendapatkan tanda harga di bawah RM100,000 agak mustahil. Apapun kita nantikan pelancaran rasmi model itu yang dikatakan bakal berlangsung Disember depan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here