Tular, warga Indonesia buang sampah atas gerabak kereta api barang

366

Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan warga tempatan membuang sampah ke arah gerabak kereta api barang di Kemayoran, Jakarta Pusat (Jakpus), Indonesia. 

Dalam video berkenaan menunjukkan penduduk wanita dan lelaki membuang bungkusan plastik sampah ke arah kereta barang yang sedang bergerak. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by FOLKSHIT™ (@folkshitt)

Pengurus Humas KAI Daop 1 Jakarta, Ixfan Hendriwintoko berkata kejadian berkenaan berlaku ketika kereta api tersebut memasuki kawasan Stesen Kemayoran.



“PT KAI Daop 1 Jakarta kecewa dengan tindakan warga yang dengan sengaja membuang sampah di gerbang datar saat (kereta api barang) tengah stabling di kompleks stesen,” katanya.

Aktiviti tersebut tidak hanya berbahaya bagi keselamatan masyarakat itu sendiri, namun juga berpotensi melanggar Undang-undang (UU) yang berlaku.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang daripada tiga bulan atau denda IDR 15 juta (RM4,156) di bawah Bahagian 99 UU Nomor 23 Tahun 2007 berkaitan Perkeretaapian Bahagian 199.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here