SUV Toyota Starlet Cross muncul di Afrika Selatan, rebadge model Suzuki Fronx

226

Nama Toyota Starlet sebenarnya telah lama berkubur sejak generasi kelima ditamatkan pengeluarannya pada tahun 1999.

Namun, selepas berpuluh tahun, Toyota akhirnya menghidupkan kembali nama itu pada model hatchback berasaskan Suzuki Baleno untuk pasaran Afrika Selatan.

Melihatkan kepada trend pemilikan SUV yang semakin meningkat, Toyota Afrika Selatan membuat keputusan untuk menggunakan kembali nama Starlet untuk model SUV urban terbaharu, iaitu Toyota Starlet Cross.



Untuk info, SUV ini merupakan model ‘rebadge’ daripada Suzuki Fronx, di mana Toyota turut menggunakan asas model yang sama untuk penawaran Urban Cruiser di pasaran India.

Rupa paras ketiga-tiga model ini adalah hampir serupa, di mana elemen rekaan Toyota dihadkan kepada bahagian bampar, emblem, serta grafik LED pada lampu depan dan belakang.

Tidak seperti model pasaran India yang mendapat pilihan enjin 1.0 liter turbo hibrid ringan dan enjin 1.2 liter, pembeli di Afrika Selatan hanya dihidangkan dengan enjin tunggal 1.5 liter yang mampu menghasilkan 103 hp dan 138 Nm.

Terdapat pilihan padanan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan yang memacu roda depan.

Kelengkapan untuk ruang kabin termasuklah skrin paparan infohibur sebesar tujuh atau sembilan inci, slot pengecasan USB dan pengecasan tanpa wayar, kawalan bantuan mendaki dan enam beg udara untuk varian paling premium.

Sayang sekali, tiada ciri ADAS lain disertakan.

Harga jualan bermula dari R299,900 (RM72,438) menjadikan Toyota Starlet Cross jauh lebih mahal berbanding model kembarnya yang dijual di pasaran India (bermula dari RS 7.74 lakh atau RM39,659).

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here