[Video] Pura-pura kena langgar, rider Malaysia cuba ‘pau’ penunggang motosikal Singapura

156

Sebuah video tular menunjukkan rider Malaysia cuba mendapat wang mudah dengan berpura-pura dilanggar motosikal nombor pendaftaran Singapura di laluan Tambak Johor.

Menerusi video berdurasi 47 saat akaun TikTok @soodabing, menunjukkan sebaik rider Singapura yang menunggang motosikal Triumph Street Triple berkenaan melepasi sempadan sudah terdapat beberapa orang rider Malaysia menunggu di bahu jalan.

@soodabing

#sgbikers #fyp

♬ Can Can (Hardstyle Mix) – Da Tweekaz & High LEvel



Menerusi video itu, salah seorang rider berkenaan menunjukkan jari ke arah penunggang Triumph berkenaan sebelum mengikuti dari arah belakang.

Tidak lama kemudian, penunggang motosikal Yamaha 135LC Fi V8 berkenaan menghimpit bahagian kanan rider Singapura itu sehingga menyebabkan perlanggaran top box dengan cermin sisi mangsa.

“Kemudian datang motor ketiga yang tidak dikenali menolak saya ke sisi dan berkomplot lalu menuduh saya melanggar motosikal mereka,” tulisnya menambah susulan kejadian itu berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Bagaimanapun, selepas mangsa menunjukkan memiliki bukti rakaman video, kedua-dua rider Malaysia itu meninggalkan lokasi kejadian.

Menurut akaun TikTok @santytanoyo di ruangan komen, salah seorang daripada mereka menghentikan penunggang motosikal Malaysia yang lain untuk menjadi saksi kejadian. 

“Selepas mereka tahu saya boleh bercakap Melayu dengan baik dan menunjukkan bukti video. Rider (saksi) berkenaan bersetuju dengan kami.

“Ada seorang juga pakcik cina Malaysia yang turut membantu dan penghujungnya mereka pergi selepas terlalu banyak tuduhan dan hujah. Ajak mereka balik Singapura setel kalau salah. Tetapi mereka juga menolak,” tulisnya.

Susulan perkongsian berkenaan, rata-rata rakyat Malaysia mengecam tindakan rider tempatan berkenaan dan meminta mangsa membuat laporan di balai polis. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here