Harga diesel turun 5 sen bermula hari ini

126

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF), harga tersebut bagi tempoh bermula Khamis sehingga 14 Ogos depan.



“Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya.

Ini merupakan kali pertama harga diesel di Semenanjung diturunkan selepas pelaksanaan penyasaran semula subsidi bahan bakar itu berkuat kuasa 10 Jun lalu.

MOF berkata, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing dikekalkan pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter pada tempoh sama.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Harga minyak dunia menjunam minggu lalu apabila kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mula memuncak dan sebelumnya para pelabur menjual pegangan petroleum mereka.

Dagangan minggu ini pula menyaksikan harga mintak jatuh sehingga serendah USD75 pada Isnin, terendah sejak Disember 2023, sebelum melantun semula pada hari berikutnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here