Mitsubishi Xforce raih lima bintang ujian ASEAN NCAP

262

SUV subkompak Mitsubishi XForce (2024) menerima penarafan lima bintang dalam ujian penilaian kenderaan baharu ASEAN NCAP mengikut protokol 2021-2025.

Ia merupakan model kedua jenama Jepun tersebut yang diuji oleh ASEAN NCAP selepas Mitsubishi Triton generasi baharu.



Secara keseluruhan, Xforce mendapat skor sebanyak 79.15, dengan mata 34.89/40.00 dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), 17.03/20.00 dalam kategori Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), 14.85/20.00 dalam kategori Bantuan Keselamatan (SA) serta 12.39/20.00 dalam kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).

Kelengkapan keselamatan standard yang didatangkan pada Xforce termasuklah empat beg udara, ABS, ESC, peringatan tali pinggang keledar untuk penumpang depan dan belakang, serta teknologi perlindungan pejalan kaki.

Selain itu, Xforce juga turut mendapat ciri keselamatan termaju seperti brek kecemasan autonomi, amaran pelanggaran depan, pengesanan titik buta dan suluhan tinggi automatik bergantung kepada varian yang ditawarkan.

Mitsubishi Xforce dilancarkan secara rasmi pada November 2023 untuk pasaran Indonesia, sebelum disusuli pasaran ASEAN lain seperti Vietnam (Mac 2024), Brunei (Julai 2024) dan Filipina (Julai 2024).

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here