JPJ Malaysia laksana penggantian kamera AWAS guna teknologi ANPR secara berperingkat

336

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia sedang melaksanakan penggantian kamera  AWAS (Automated Awareness Safety System) sedia ada secara berperingkat di lokasi yang diwartakan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Aedy Fadly Ramli, langkah berkenaan selaras dengan penambahbaikan sistem kamera AWAS sedia ada seiring dengan perubahan teknologi terkini yang menggunakan teknologi pengesanan nombor plat automatik (ANPR).

“Penggantian ini melibatkan kamera model Redflex yang perlu ditukar atas faktor kerosakan major dan tidak mendapat sokongan daripada pihak prinsipal.



“Pengoperasian kamera AwAS adalah untuk memastikan penguatkuasaan melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” katanya menerusi siaran media. 

JPJ menyeru dan memohon kerjasama semua pengguna jalan raya mengambil langkah mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan bertoleransi dengan pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan diri dan keluarga ketika di jalan raya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here