Kia K8 (2025), sedan eksekutif dengan penampilan futuristik

234

Untuk pasaran global, Kia mempunyai beberapa buah model sedan bersaiz besar, seperti contoh Kia Stinger yang telah ditamatkan pengeluarannya.

Sebuah lagi model sedan Kia ialah K8, sedan eksekutif dalam segmen E yang telahpun wujud sejak 2021 menggunakan model Hyundai Grandeur sebagai asas.

Untuk model kemaskini tahun 2025, Kia memberikan perubahan yang agak drastik, terutama pada muka depan.



Selari dengan bahasa rekaan Kia semasa, K8 telah diberikan unit lampu utama menegak yang dihubungkan dengan jalur LED nipis, diikuti rekaan jeriji hidung harimau yang lebih moden.

Pada bahagian belakang pula, Kia membuang struktur corong ekzos palsu untuk rekaan bampar yang lebih bersih.

Perumah lampu LED belakang pula digelapkan untuk penampilan yang lebih sporty.

Ruang kabin pula membawakan perubahan yang minimum, seperti contoh suis kawalan iklim diubah ke bawah corong pendingin hawa, penggunaan bahan sentuhan lembut, serta lampu ambien LED.

Di pasaran Korea Selatan, Kia K8 ditawarkan dengan beberapa pilihan enjin, bermula dengan nadi 2.4 liter berkuasa 195 hp/248 Nm, diikuti enjin V6 3.5 liter berkuasa 296 hp/359 Nm dengan pilihan pacuan semua roda.

Terdapat juga enjin 3.5 liter yang dikuasakan oleh sistem suntikan cecair propane (LPI) menghasilkan 237 hp dan 313 Nm, dan akhir sekali enjin 1.6 liter hibrid berkuasa 227 hp/350 Nm.

Harga jualan bermula dari KRW37 juta  (RM120,000) sementara versi paling mahal pula bermula dari KRW51 juta (RM167,000).

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here