Neta S Hunting Edition, wagon elektrik dari China

227

Hozon Auto memperlihatkan sebuah model wagon dengan penggayaan luaran yang cukup stailo, iaitu Neta S Hunting Edition.

Secara asasnya, ia banyak berkongsi elemen rekaan dengan sedan Neta S.

Antaranya ialah rekaan lampu depan berserta kening LED, rekaan bampar, bukaan liang kemasukan udara, serta struktur lampu belakang dengan bar LED melintang penuh.



Bezanya, Neta S Hunting Edition membawakan garis bumbung lebih panjang dan bumbung kaca panorama untuk penumpang menikmati pemandangan luar kabin yang lebih luas.

Menurut laporan media tempatan, Neta S Hunting Edition berukuran panjang 4,980 mm, lebar (1,980 mm), tinggi (1,480 mm) dengan jarak antara roda 2,980 mm, serta rim 20 inci secara standard.

Untuk pasaran China, Neta S Hunting Edition ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa elektrik penuh atau versi penambah jarak.

Versi EV RWD dikuasakan motor elektrik berkuasa 268hp manakala AWD dengan tambahan motor elektrik pada gandar depan berkuasa 228hp.

Sementara versi penambah jarak (EREV) pula mendapat enjin 1.5 liter berkuasa 94hp dan motor elektrik 268hp, diikuti pek bateri dengan pilihan kapasiti 31.71kWh atau 43.88kWh, masing-masing membenarkan jarak gerak elektrik sejauh 125km dan 185km.

Neta S Hunting Edition akan diedarkan kepada para pelanggan di China bermula bulan depan.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here