Human Horizons, syarikat induk jenama EV HiPhi fail bankrap

1131

Human Horizons, syarikat induk jenama EV premium HiPhi dilapor memfailkan kebankrapan di China selepas gagal menyelesaikan hutang setakat 30 April.

Permohonan tersebut dihantar di People’s Court di Yancheng, China yang mana mahkamah telah mengarahkan syarikat itu untuk memasuki fasa penyusunan semula.

Dalam tempoh penyusunan semula selama enam bulan, Human Horizons perlu bekerjasama dengan pihak pentadbir untuk mengurus aset, operasi dan menarik pelabur strategik sebagai usaha terakhir untuk mengelakkan muflis sepenuhnya.



HiPhi berdepan dengan kesulitan beroperasi dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Syarikat itu menangguhkan operasi pentadbiran pada Februari 2024, diikuti penangguhan produksi kenderaan di Yancheng selama enam bulan disebabkan prestasi jualan tahun 2023 kurang dari 8,000 unit.

Jenama HiPhi mula ditubuhkan pada 2017 yang mana Human Horizons memposisikannya sebagai sebuah jenama EV mewah menerusi model pertama HiPhi X yang dilancarkan pada tahun 2020.

Dengan lebih 100 buah jenama berperang untuk mendapatkan secebis pegangan dalam pasaran EV, sukar bagi syarikat HiPhi untuk terus bertahan dengan lebih lama.

Perang harga serta penurunan permintaan sejak beberapa tahun ini turut memberikan kesan kepada jenama lebih kecil, di mana ada di antara jenama-jenama EV tersebut yang sudah pun berkubur.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here