Rider maut elak Perodua Alza masuk lorong kecemasan di Jambatan Pulau Pinang

2964

Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian sisi Perodua Alza yang ingin memasuki lorong kecemasan Jambatan Pulau Pinang menuju ke Seberang Perai. 

Video insiden menjadi tular selepas dikongsi di grup Facebook Dashcam Malaysia pada 11 Ogos dan kejadian berlaku pada jam 6.41 petang berdasarkan rekod rakaman video.



Menurut laporan Sin Chew Daily, penunggang motosikal maut akibat kecederaan parah selepas menerima rawatan perubatan. 

Berdasarkan rakaman video, Perodua Alza berkenaan menghidupkan lampu signal lalu bergerak ke lorong kecemasan di bahagian kiri jambatan.

Penunggang motosikal dari belakang gagal membrek lalu melanggar bahagian kiri MPV berkenaan.

Kesan perlanggaran menyebabkan mangsa merempuh pagar jambatan lalu melambung dan hampir jatuh ke laut.

VIDEO

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here