GWM TANK 300 ke-100 unit diserahkan kepada pelanggan!

55

Dalam tempoh hanya sebulan sejak pelancaran pada pertengahan Julai lalu, Great Wall Motor (GWM) Malaysia berjaya melaksanakan 100 unit penghantaran pertama GWM TANK 300 kepada pelanggannya.

Pencapaian yang mengagumkan untuk SUV ‘off-road’ pintar dan mewah itu diperoleh berikutan tumpuan hangat yang diberikan oleh pengamal media tempatan dan komuniti pemanduan ‘off-road’ dalam negara. 

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui An Qi, berkata, pencapaian itu bukan sahaja mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap jenama GWM, malah membuktikan juga sokongan dan keyakinan utuh kepada produk berkualiti tinggi.



Acara penyerahan GWM TANK 300, pemilik ke-100 iaitu Profesor Dr Steven Leow berkongsi yang beliau amat mengagumi kenderaan itu selepas mencubanya buat kali pertama di China.

Menurutnya, sebagai seorang peminat kereta, GWM TANK 300 yang lasak benar-benar menarik perhatiannya dengan spesifikasi dan teknologinya yang luar biasa.

“Saya tidak pernah menyangka kenderaan ‘off-road’ mampu menawarkan keselesaan yang setanding dengan kereta sedan.

GWM TANK 300 ternyata menjangkaui jangkaan, lebih-lebih lagi dengan ciri-ciri teknologi pintarnya seperti L2 ADAS, pengecasan tanpa wayar, serta casis lutsinar yang memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup moden,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada 300 pemilik pertama GWM TANK 300. Antaranya, jaminan seumur hidup untuk Enjin dan Transmisi kenderaan (terhad kepada pemilik pertama) dan penyelenggaraan PERCUMA selama 5 tahun (termasuk kos buruh dan alat ganti) berdasarkan setiap 10,000 km/6 bulan (mengikut mana yang terdahulu). Selain itu, pemilik menerima beg sandang Paramount Thule bernilai RM999 dan Baucar Kit Pengembaraan Thule bernilai RM8,000. 

GWM Malaysia turut mengumumkan destinasi keduanya untuk siri Go Adventure with GWM TANK, di mana pemilik bertuah GWM TANK 300 yang melengkapkan pendaftaran kenderaan selewat- lewatnya pada 12 September 2024 akan berpeluang untuk memenangi sebuah percutian pengembaraan ke Gurun Alxa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here