EX30 kereta elektrik terlaris Volvo bakal lancar di Malaysia

111

Volvo Car Malaysia bakal melancarkan SUV elektrik sepenuhnya, Volvo EX30  untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Volvo EX30 yang memiliki pecutan terpantas bagi mana-mana kereta Volvo setakat itu dilengkapi dengan teknologi terkini membabitkan:

  • Sistem bantuan parkir baharu
  • Muka intuitif dengan Google Built-in
  • Sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360

Sebagai kenderaan elektrik premium dan mewah, Volvo EX30 direka dan diuji dengan perhatian penuh kepada setiap perincian. Ia diinspirasikan oleh setiap saat yang berharga, daripada pembuatan kereta hingga ke pemanduan. 



Volvo EX30 yang sudah memenangi lebih daripada 20 anugerah di peringkat antarabangsa, memenangi Anugerah Reka Bentuk Kereta 2024 yang berprestij oleh majalah Auto & Design, dinamakan Kereta Bandar Dunia 2024 di Anugerah Kereta Dunia, dan menerima Reka Bentuk Produk Terbaik Terbaik 2024 yang berprestij di Anugerah Reka Bentuk Red Dot.

Sejak pelancaranya, Volvo EX30 menyerlah sebagai kereta yang sangat popular di kalangan pelanggan Volvo. Volvo Cars menjangkakan ia menjadi salah satu model terlaris tahun ini, dengan hampir 48,000 kereta dijual di peringkat antarabangsa pada separuh pertama 2024.

Untuk makluman, EX30 ini sudah dilancarkan di Thailand pada September tahun lalu yang ditawarkan dalam tiga varian.

Dua varian terrendah membabitkan Core Single Motor Extended Range dan Ultra Single Motor Extended Range dijana sebuah motor elektrik dengan pacuan roda belakang mampu menyalurkan berkuasa 272 PS dengan tork setinggi 343Nm.

Bagi varian tertinggi Ultra Twin Motor Performance dijana dua motor elektrik untuk gandar hadapan dan belakang dengan sistem pacuan semua roda pada memiliki kuasa keseluruhan 428 PS serta tork mencecah 543 Nm.

Namun jarak perjalanannya berbeza iaitu 480 km dalam kitaran ujian WLTP untuk motor tunggal, manakala dua motor boleh dipandu sejauh 460 km dengan satu cas penuh bateri.

Selain itu, emisi CO untuk Volvo EX30 juga dipotong sebanyak 75 peratus berbanding model elektrik sedia ada Volvo dengan pengunaan bahan yang dikitar semula dan mampan yang tinggi. 

Pelanggan boleh mendaftarkan minat mereka untuk menjadi yang pertama tahu di https://bit.ly/VolvoMY-EX30KMU.

Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo EX30, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here