Kepala wanita terhantuk tiang elektrik selepas keluarkan badan dari kereta api Thai

665
Sebuah video tular di media sosial menunjukkan seorang remaja perempuan mengalami kecederaan selepas berdiri lalu mengeluarkan badannya di bahagian tangga kereta api yang sedang bergerak.
 

Video kejadian itu disiarkan pada hari Selasa di laman Facebook State Railway of Thailand (SRT). Hasil siasatan kejadian berlaku 5 Ogos lalu pada jam 3.15 petang.

 

Tindakan penumpang berusia 19 tahun itu mengakibatkan kepalanya terhantuk pada tiang elektrik di sebelah laluan kereta api lalu pengsan.

Bagaimanapun, wanita itu dapat bertahan pada pemegang pintu kereta api sebelum terjatuh ke platform stesen Phatthalung kira-kira 10 minit kemudian dan dibawa ke Hospital Phatthalung.



Menurut SRT, mangsa mengalami mengalami bengkak di kepala dan lebam namun keputusan imbasan X-ray tidak menunjukkan kecederaan serius. Pihak SRT memberi amaran kepada penumpang tentang bahaya melakukan aksi sedemikian. 

 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here