Dua lelaki tempatan ditahan disyaki curi motor warga asing

86

Dua lelaki tempatan yang disyaki melarikan motosikal milik lelaki warga Myanmar ditahan dalam dua serbuan berasingan, di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, penahanan itu selepas pihaknya menerima laporan pada Jumaat lalu daripada mangsa, mendakwa kehilangan motosikal SM Sport yang diletakkan di tepi Jalan Pandan Indah 4/1.

“Mangsa yang bekerja sebagai tukang masak mendakwa meletakkan motosikal berkenaan dalam keadaan baik dan berkunci pada 5.30 petang, 8 Ogos lalu.



“Keesokan harinya kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa mendapati motosikal sudah tiada,” katanya.

Bertindak di atas maklumat sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan dua suspek berusia 40 dan 42 tahun.

Pasukan turut merampas sebuah motosikal, anak kunci, topi keledar, telefon bimbit dan beberapa helai pakaian bagi membantu siasatan.

Mohd Azam berkata, siasatan awal mendapati suspek mencuri motosikal itu dipercayai untuk dijual sebagai alat ganti dan semakan mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod kesalahan lampau, manakala suspek kedua mempunyai enam rekod lampau.

Kedua-duanya direman tiga hari hingga 16 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here