#Tahukahanda: EON bukan setakat jual kenderaan PROTON, tapi banyak lagi….

197

Mungkin sejak dari dahulu lagi, nama “EON” (Edaran Otomobil Nasional Berhad) sudah pun ditanam di minda segelintir masyarakat setempat yang berkaitan rapat dengan PROTON.

Sebenarnya ia bukan sebuah syarikat yang menjual kenderaan nasional itu sahaja, tetapi menawarkan pelbagai jenama lain dikendalikan dibawahnya.

Malah, syarikat itu adalah satu ekosistem yang lengkap dalam bidang perniagaan automotif sama ada menjual kenderaan penumpang atau komersial; servis kenderaan; sewa atau pajakan kereta dan banyak lagi.



Bagi yang tidak tahu apa yang EON lakukan, ini nama syarikat yang ada dikendalikannya:

  • EON: Proton/Smart – 10 Outlet/1 Outlet
  • EON Automart:  Mitsubishi – 10 Outlet 
  • EUROMOBIL: Audi – 1 Outlet
  • HICOM Auto: Volkswagen – 1 Outlet
  • DRB-HICOM EZ-Drive:  AVIS – 19 Outlet
  • EON Petromin Sdn Bhd: Petromin Express – 4 Outlet
  • DRB-HICOM Auto Solution – DHAS
  • ACM: Isuzu – 6 Outlet
  • DHCV: Daihatsu – 1 Outlet
  • EON Capital: Pinjaman Pembiayaan

Masuk ulang tahun ke-40 ini, EON kini menjalani perancangan transformasi selaras dengan dunia digital yang semakin berkembang.

Bagi memastikan ia perjalanan transformasi itu berjalan lancar. Ia memerlukan sebuah pasukan yang mantap yang kini dikendalikan individu berpengalaman dalam dunia automotif iaitu Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial.

Operasi berjalan lancar dan lebih cekap

Akkbar berkata, dalam tempoh tiga tahun sejak mengambil alih jawatan itu, beliau dan pasukannya melakukan pelbagai cara untuk memastikan setiap operasi berjalan lancar dan lebih cekap.

“Dunia digital semakin berkembang dan selaras dengan itu, banyak yang kami lakukan terhadap syarikat supaya kekal releven dalam era baharu ini.

“Kepada pelanggan, kami menyediakan platform jualan dalam talian, pusat pameran kenderaan 3D, tempahan slot untuk servis kenderaan dalam talian, permohonan pembiayaan secara digital serta pembaharuan insurans.

“Ia memberi kemudahan kepada pelanggan, malah mereka boleh membeli kenderaan ketika berehat di atas katil. Pilih kereta yang diminati, selain boleh membuat permohonan pinjaman dalam talian,” katanya kepada media pada acara EON & Sahabat Media Getaway, semalam.

Peningkatan 25 peratus dalam produktiviti juruteknik

Akkbar berkata, transformasi bukan sahaja dilakukan kepada perkhidmatan kepada pelanggan, tetapi pendigitalan itu turut diimplikasikan dalam operasinya.

“Hasilnya, ia memberi impak dalam proses kerja kami lebih cekap dan ia terbukti selepas dilakukan di satu daripada pusat servisnya.

“Positifnya, ada peningkatan 25 peratus dalam produktiviti juruteknik kami, selain mampu mengurangkan jumlah aduan pelanggan terhadap isu tempoh menunggu ketika melakukan servis kenderaan,” katanya.

Menurutnya, apa yang lakukan, beliau mahu masyarakat tahu apa yang EON lakukan, bukannya setakat PROTON, tetapi sebuah entiti yang lengkap dalam industri automotif sama ada dalam pelbagai perkhidmatan sama ada pinjaman, menjual kenderaan komersial atau penumpang dan banyak lagi.

Sementara itu, EON mahu terus mengukuhkan kedudukannya dalam sektor pengedaran automotif dengan pembukaan pusat aksesori eksklusif serta pusat badan dan cat (B&P).

Malah, syarikat itu melengkapkan lagi ekosistem pengalaman pemilikan dengan membuka EON Autospa di Glenmarie. Outlet Autospa yang pertama dibuka itu bagi memenuhi keperluan pelanggan EON dari pelbagai perniagaan runcit automotif seperti Audi, Mitsubishi, Proton dan smart.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here