Pesawat TUDM bawa warga Palestin, ini perkara perlu anda tahu Airbus A400M

331

Dua unit pesawat Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah semalam itu tiba kira-kira jam 2 petang tadi di Pangkalan Udara Subang. 

Apakah kegunaan pesawat A400M?. Pesawat pengangkut berkenaan sebenarnya boleh memainkan tiga peranan, menurut syarikat pengeluar Airbus.



Ia menggabungkan peranan membawa muatan strategik dan taktikal dengan keupayaan penghantaran ke lokasi di landasan udara yang kecil dan tidak lengkap serta boleh bertindak sebagai kapal tangki minyak barisan depan.

Berdasarkan laman web rasmi Airbus, setakat ini syarikat telahpun menghantar 127 daripada 178 unit tempahan A400M.

TUDM TEMPAH EMPAT PESAWAT

Penghantaran A400M kepada TUDM

A400M dilancarkan pada Mei 2003 untuk memenuhi keperluan gabungan beberapa negara Eropah dalam OCCAR (Belgium, Perancis, Jerman, Luxemburg, Sepanyol, Turkiye dan United Kingdom). Sementara Malaysia menyertai barisan pelanggan pada 2005.

Menurut Airbus, A400M berkembang pesat sebagai aset logistik utama TUDM bagi menjayakan pelbagai misi sejak penghantaran pertama pada 2015.

TUDM menempah empat buah A400M khususnya pesawat empat enjin untuk mengangkut penumpang dan kargo (terutamanya kargo berat), manakala ujian mengisi minyak udara ke udara telah menekankan potensi untuk aplikasi misi baharu.

Berdasarkan testimoni yang dikongsi di laman web rasmi, A400M juga merupakan komponen penting dalam operasi kemanusiaan Malaysia termasuk sokongan kepada negara jiran Indonesia selepas gempa bumi dan tsunami pada 2018. 

KEUPAYAAN BAWA MUATAN LEBIH BESAR

A400M memiliki kapasiti muatan maksimum sehingga 37 tan dan volum kargo 340 meter padu. Ini membolehkan pesawat pengangkut itu membawa pelbagai saiz kargo termasuklah helikopter lebih besar dan berat misalnya NH90 atau CH-47 Chinook.

Di samping itu, ia juga mampu membawa kenderaan tempur infantri untuk tujuan ketenteraan, trak logistik berat, bot penyelamat atau alat pengangkat besar seperti jengkaut atau kren mudah alih yang diperlukan untuk bantuan bencana.

Ia juga mampu memuatkan sehingga 116 anggota tentera serta dilengkapi dengan lapan pengusung sebagai standard, yang disimpan secara kekal dalam pesawat.

Tetapi A400M juga boleh memuatkan sebanyak 66 pengusung standard NATO dan 25 kakitangan perubatan yang duduk di kerusi tentera. 

Pesawat berkenaan menggunakan empat enjin turboprop EuroProp International (EPI) TP 400 dengan  keupayaan jarak penerbangan sehingga 8,900km, pada ketinggian pelayaran sehingga 37,000 kaki  dan pada kelajuan sehingga Mach 0.72. 

Ia juga boleh terbang sehingga 40,000 kaki untuk operasi khas. Selain itu, A400M juga berperanan sebagai pesawat tangki minyak bagi pengisian udara-ke-udara (AAR).

Kapasiti bahan api asas adalah sebanyak 63,500 liter yang boleh ditingkatkan engan tangki pegangan kargo tambahan.

Bagi pemantauan operasi AAR siang dan malam, A400M boleh dilengkapi dengan tiga kamera yang dikawal menerusi kokpit oleh pembantu juruterbang. 

GALERI

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here