‘Hantu’ sergah pengguna jalan raya akhirnya dicekup

219

Polis menahan ‘hantu’ yang menyergah pengguna jalan raya di Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru pada malam Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, wanita berusia 31 tahun itu ditahan oleh unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Setia Indah, sekitar jam 10.51 malam hasil maklumat yang diterima daripada orang ramai.



“Pada 27 Julai lalu, sekitar jam 12.30 tengah hari, IPD Johor Bahru Selatan menerima satu video tular di media sosial yang memaparkan kejadian seorang individu wanita (menyamar hantu) bertindak menyergah kenderaan awam di tepi Jalan Austin Heights.

“Suspek kemudiannya berjaya dikesan dan ditahan polis. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kes jenayah di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dihukum denda RM1,000 pada 27 Jun 2018,” katanya. 

Bagaimanapun, hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif daripada pengaruh dadah. 

Hasil siasatan awal, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menendang kenderaan yang lalu di kawasan Jalan Austin Heights Utama yang bertujuan mengakibatkan kemalangan lalu memeras wang.

Semakan rekod perubatan mendapati pada tahun 2022 dan 2023, suspek dimasukkan ke zon kuning Hospital Sultan Ismail (HIS), Johor Bahru akibat terlibat dalam kemalangan dan mengalami kemurungan.

“Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut dan pada Ahad dibawa ke HIS bagi pemeriksaan kesihatan,” tambahnya.

Suspek wanita berusia 31 tahun

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM10,000 atau dengan kedua-duanya.

Kes juga boleh disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan kesalahan kepada pejalan kaki yang tidak menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan selain

Kes boleh juga disiasat di bawah Peruntukan 23, Peraturan-Peraturan Lalu Lintas 1959 yang memperuntukkan tanggungjawab pejalan kaki untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan mengganggu laluan kenderaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda atau amaran.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here