Tesla jadikan padang rumput panjang lokasi simpanan Model 3 Highlands tidak terjual

2788


Tesla menjadikan padang rumput yang panjang sebagai lokasi simpanan kenderaan tidak terjual di utara Florida, Amerika Syarikat menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna. 

Redditor LSDBunnos yang menemui lokasi tersebut berkongsi imej Tesla Model 3 Highland serba baharu yang diparkir di ruangan terbuka berkenaan. 





Menurut penduduk tempatan, lokasi itu digunakan wakil jualan Tesla di Tampa dan turut menjadi parkir pusat jualan yang lain di Florida. 

The Drive menghubungi pusat jualan Tesla yang terletak di Plaza Antarabangsa di Tampa dan mengesahkan tentang kejadian itu susulan ruangan penghantaran yang penuh.

Kesemua Model 3 Highland yang diparkir di padang berkenaan seperti kereta baharu dan tidak berdaftar. Bahkan kebanyakannya merupakan keluaran April 2024, menurut LSDBunnos.

Ini bermakna ada di antara pelanggan yang mungkin mendapat salah satu daripada Model 3 Highland yang diparkir di padang tersebut.

Tesla tidak memiliki banyak komponen bawah badan yang boleh berkarat, kerana tiada paip ekzos dan kebanyakan bahagian suspensinya diperbuat daripada aluminium.

Namun, kebimbangan utama adalah haiwan perosak misalnya tikus, skunk, pepijat dan ular. Haiwan berkenaan berisiko membuat sarang dalam kenderaan lalu merosakkan pendawaian.

Seorang pemilik Tesla berkongsi menemui rakaman kenderaannya diparkir di kawasan padang menerusi kamera Mod Sentry. 

Bagaimanapun, pihak wakil jualan tidak dapat menyatakan lokasi asal kenderaan tersebut namun menjelaskan kenderaan mereka dicuci dan dibersihkan serta disediakan pusat penghantaran.

Pemandangan unit Tesla Model 3 yang tidak terjual tersebut tiada kaitan dengan isu jualan. Ia merupakan perkara biasa bagi pengedar menyimpan stok cuma kesesuaian pemilihan tapak simpanan yang menjadi pertikaian. 

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here