Ekori pemandu wanita, suspek warga asing cuma nak isteri yang keluar dari rumah

149

Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki mengekori dan mengganggu pemandu wanita di Johor Bahru.

Siasatan awal mendapati lelaki berusia 35 tahun itu mengekori mangsa untuk mengesan isterinya yang keluar dari rumah.

Kredit Foto : Facebook Eyra Norizan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihak berkuasa menerima satu rakaman video yang tular menunjukkan kejadian seorang pemandu wanita warga tempatan berumur lingkungan 28 tahun diekori seorang lelaki di kawasan Kampung Melayu Majidee.



“Bertindak atas maklumat, pada jam 1 petang semalam di kawasan Stulang Baru, pasukan polis dari unit rondaan selatan Balai Polis Majidee berjaya mengesan dan menahan suspek berusia 35 tahun.

“Semakan rekod jenayah mendapati tiada rekod lampau namun hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine,” katanya.

Semakan lanjut mendapati suspek juga  tinggal lebih masa di Malaysia dan direman selama 14 hari bermula hari ini sehingga 5 September untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman jika sabit kesalahan denda tidak kurang RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Kes juga turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here