Nissan Almera hanyut dibawa arus kepala air

81

Hujan lebat berserta angin kuat pada waktu pagi dan disusuli hujan renyai pada tengah hari menyebabkan berlaku kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman ASharimanshari berkata kejadian itu menyebabkan aliran air deras berlaku di kawasan parkir SkyCab di Oriental Village dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan.



Menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan mangsa tetapi sebuah Nissan Almera dihanyutkan sebelum ditemui di dalam sungai.

“Antara kemudahan yang terjejas ialah lima kiosk, lapan kedai di ⁠’food court’, lima kedai baju dan dua buah cafe.

“Bagaimanapun kita masih belum terima laporan mengenai kejadian setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md Yasin berkata, hujan lebat berterusan dari jam 11.30 malam pada Khamis sehingga 12.50 tengah hari pada Jumaat mengakibatkan kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh.

Beliau berkata, hujan mula berhenti pada jam 2 petang dan air surut sepenuhnya pada jam 2.40 petang pada Jumaat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here