Kapal TLDM tenggelam langgar objek bawah air

329

Kesemua 39 kru Kapal Diraja (KD) Pendekar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selamat selepas berdepan detik cemas apabila kapal tenggelam akibat mengalami kebocoran di dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar pada jam 12.00 tengah hari ketika sedang melaksanakan penugasan operasi.



“Kebocoran tersebut dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air.

“Kebocoran yang mula dikesan di bilik jentera kapal merebak dengan cepat dan tidak terkawal. Kesemua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya,” katanya.
 
Menurut TLDM, fokus utama kini adalah melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal dan menubuhkan lembaga siasatan khas bagi mengenalpasti punca kejadian.
 
TLDM turut merakamkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat atas tindakan pantas memberi bantuan iaitu Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti maritim yang berada di persekitaran.
 
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden, dan boleh merujuk kepada sumber rasmi TLDM untuk perkembangan terkini dan maklumat sebenar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here