Utama Berita Automotif Kerajaan tidak akan sambung konsesi Puspakom yang tamat 31 Ogos ini

Kerajaan tidak akan sambung konsesi Puspakom yang tamat 31 Ogos ini

995
Kerajaan mengumumkan tidak akan menyambung tempoh konsesi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang tamat pada 31 Ogos 2024.
 
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penamatan konsesi itu membuka peluang kepada pemain industri berkelayakan yang lain untuk terlibat dalam pemeriksaan kenderaan bermotor.
 
Anthony loke
Tambah beliau, menerusi pelaksanaan dasar baharu itu, Puspakom merupakan syarikat pertama yang diberi kuasa untuk memeriksa kenderaan bermotor di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
 
Tegasnya, Puspakom tidak ditutup, masih boleh beroperasi seperti biasa cuma perlu bersaing dengan pemain industri yang lain kerana tiada lagi hak eksklusif untuk mereka.
 
“Setakat ini, sambutan daripada industri yang ditetapkan di bawah Akta 333 adalah sangat positif.
 
“Kementerian Pengangkutan akan menilai semua permohonan dan akan mengumumkan pemain baharu dalam masa terdekat.
 
“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus pantau, supaya perkhidmatan disediakan adalah teratur, patuhi standard dan bagi memastikan perkhidmatan berkualiti disediakan kepada pelanggan.
 
“Kerajaan juga menjemput mana-mana pihak berkelayakan untuk memohon pemberian kuasa bagi melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan sama di negara kita,” katanya.
 
Tambahnya, ketika taklimat berkaitan isu tersebut dibuat, terdapat 50 buah syarikat menyertainya dan setakat ini terdapat dua permohonan rasmi diterima.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here