Kanada kenakan tarif 100 peratus ke atas EV buatan China

329

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan tarif 100 peratus ke atas import kenderaan elektrik (EV) China semalam, mengikuti langkah Amerika Syarikat (AS) dalam menyekat kebanjiran jenama China ke rantau Amerika Utara.

Trudeau menuduh China selaku pengeksport EV terbesar dunia, tidak bermain mengikut peraturan yang sama seperti negara-negara lain, terutamanya dalam aspek standard alam sekitar dan buruh.



Beliau turut mengumumkan cukai 25 peratus terhadap import keluli dan produk aluminium dari China.

AS dan Kesatuan Eropah telah mengenakan tarif ke atas EV China, masing-masing sebanyak 100 peratus dan 38 peratus.

Industri pembuatan kereta Kanada menggaji lebih 125,000 orang dan Ottawa melabur berbilion-bilion dolar untuk menyokong peralihan kepada kenderaan elektrik serta mengukuhkan rantaian bekalan bateri elektrik domestik.

Ottawa juga menyekat pelaburan baharu China dalam sektor perlombongan mineral kritikal milik negara itu.

Pada sidang akhbar di Halifax, Trudeau berkata, pengeluaran berlebihan EV China dan bantuan subsidi besar oleh pemerintah untuk sektor automotifnya ‘memerlukan kami bertindak.’

“Melainkan kami mahu menyertai perlumbaan ini di tempat tercorot, kami perlu bangkit dan inilah yang kami lakukan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here