Sempena memperkenalkan logo baharu, Modenas memperkenalkan motosikal rakyat mereka, Modenas Kriss 110 dengan piawaian Euro 4.
Jentera yang menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) turut menerima beberapa pembaharuan.
Dari segi reka bentuknya, ia masih menerapkan rekaan bentuk sebelum ini, tetapi hadir dengan corak grafik dan warna baharu.
Jentera itu juga menjadi motosikal pertama Modenas yang menggunakan dengan logo baharu yang kelihatan lebih moden.
Bagi mencapai piawaian Euro 4 itu, enjin itu yang sebelum ini menggunakan sistem karburetor kini ditukar dengan ciri suntikan bahan api (FI).
Selain itu, sistem ekzos ditambah pemangkin untuk mencapai piawaian Euro 4 itu.
Ia ditawarkan dengan dua varian membabitkan penggunaan brek cakera hadapan dan brek dram yang masing-masing dijual bermula RM4,599 serta RM4,998.