Dua anggota polis tertimbus tanah, kini stabil

590

Dua anggota polis yang parah ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, Kluang kira-kira jam 3 petang semalam, dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner, Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa yang masing-masing berusia 34 dan 39 tahun menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Kredit Foto : Harian Metro

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan, mangsa pertama yang berumur 34 tahun disahkan patah tulang peha sebelah kiri dan patah satu tulang rusuk sebelah kiri.



“Mangsa kedua yang berumur 39 tahun patah tulang pinggul dan tiga tulang rusuk sebelah kiri.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut,” katanya.

Kejadian berlaku pada 27 Ogos pada jam 8.50 pagi selepas pihak berkuasa menerima panggilan daripada orang awam berkaitan penemuan bom lama di Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, Kluang, Johor.

Sepasukan polis dari unit pemusnah bom cawangan persenjataan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Unit Pemusnah Bom Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang ke lokasi bagi tujuan pemusnahan bom.

“Pada 2.20 petang, Pusat Gerakan Daerah (DCC) IPD Kluang menerima panggilan MERS 999 daripada anggota Pondok Polis Sri Lambak, melaporkan tanah runtuh berlaku di lokasi penemuan bom berkenaan.

“Hasil siasatan awal, mendapati kejadian berkenaan berlaku ketika unit pemusnah bom sedang membuat persiapan pemusnahan bom,” kata beliau.

Akibatnya runtuhan tanah di dinding lubang lokasi pemusnahan bom, anggota Unit Pemusnah Bom IPK Johor itu tertimbus dan mengalami kecederaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here