Gambar tular jalan mendap di Kampung Attap kejadian lama

215

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kerja pembaikan di Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap, Kuala Lumpur yang dilaporkan berlaku tanah mendap.

Menerusi satu kenyataan ringkas akaun Facebook DBKL, memaklumkan bahawa gambar yang tular itu adalah gambar lama.

Gambar lama yang tular

“Dimaklumkan bahawa gambar tersebut merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut sudah dijalankan,” katanya.



Sementara itu, Harian Metro melaporkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur tidak menerima laporan berhubung kejadian tanah mendap berhampiran ibu pejabat sebuah bank di sini.

“Bagi kes yang didakwa berlaku di depan ibu pejabat bank terbabit, bomba tidak dapat sebarang aduan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here