Kereta api laju Indonesia rekod 5 juta pengguna sejak 11 bulan beroperasi

141

Kereta api Cepat Jakarta-Bandung (KCJB), yang juga dikenali dengan Whoosh merekodkan 5 juta penumpang sehingga 4 September lalu atau dalam waktu kurang dari 11 bulan beroperasi. 

“Angka ini tidak hanya mencerminkan volum penumpang yang terus meningkat tetapi juga menjadi bukti nyata kepercayaan masyarakat terhadap layanan kereta api cepat pertama di Indonesia dan Asia Tenggara yang moden, cepat, dan efisien ini,” kata Pengurus Besar Setiausaha Korporat, PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), Eva Chairunisa.

Bukan sekadar digunakan rakyat tempatan, Whoosh juga digunakan ratusan ribu penumpang yang merupakan warga negara asing dari ratusan negara berbeza yang mana majoritinya dari Asia. 



Justeru itu, KCIC merancang meningkatkan jadual kereta api menjadi 62 perjalanan sehari pada tahun depan berbanding 48 perjalanan kini. Volum tersebut terus meningkat sejak beroperasi komersial pada pertengahan Oktober 2023.

KCIC juga memperkenalkan beberapa inovasi bagi menarik minat penumpang salah satunya kad langganan yang memungkinkan penumpang memiliki 10 kuota tiket perjalanan dengan harga tetap dan lebih murah. Setakat ini lebih dari 1,000 kad langganan dikeluarkan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here