Hot hatch Peugeot 205 GTI milik Mr Bean untuk dijual

135

Mr. Bean, atau nama sebenarnya Rowan Atkinson diketahui memiliki koleksi kereta yang menarik.

Salah satu daripadanya, iaitu Peugeot 205 GTI kini sedia untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat pada 28 September ini.

Biarpun memiliki jarak perbatuan sekitar 114 ribu, Atkinson hanya memandu jentera ini sejauh 483 km sahaja sejak dibeli tiga tahun yang lepas.



Peugeot 205 GTI ini dikuasakan oleh enjin 1.6 liter empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan kuasa 115 hp, dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.8 saat.

Atas kertas, angka tersebut tidak mengujakan, tapi jangan lupa tentang fakta berat GTI semasa ia keluar kilang cuma sekitar 850 kg sahaja.

Melihatkan kepada ruang kabin Peugeot 205 GTI yang masih kemas dengan tempat duduk balutan fabrik, karpet merah dan roda stereng GTI, anda mungkin akan menyangka ia baru sahaja keluar dari bilik pameran.

Menurut laporan, kereta keluaran 1989 itu bakal dilelong pada harga mencecah £20,000 (RM114,256).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here