JPJ buka bidaan nombor plat istimewa siri EV

163

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan pendaftaran bidaan nombor pendaftaran istimewa, EV bermula 9 sehingga 13 September (Jumaat).

Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 14 September (Sabtu).



Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan bank tempatan.

Sekiranya bidaan anda berjaya perlu mendaftarkan nombor plat tersebut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.

JPJePLATE

Pembukaan bidaan nombor plat tersebut adalah seiring dengan pengenalan JPJePlate khas buat kenderaan sifar emisi (ZEV).

Dikendalikan oleh Handal Ceria Sdn Bhd, selaku syarikat vendor,  JPJePlate menetapkan piawaian baharu untuk keselamatan dan kecekapan jalan raya melibatkan :

  • Keterlihatan dipertingkatkan: Ciri retro-reflektif meningkatkan keterlihatan pada waktu malam, membantu mengurangkan kemalangan dan memastikan keselamatan pemanduan yang lebih baik di samping memudahkan tindakan penguatkuasaan.
  • Ciri Keselamatan: Dilengkapi dengan hologram anti-kloning untuk meminimumkan risiko kecurian dan penipuan.
  • Teknologi Pintar dan Penguatkuasaan: Dengan integrasi Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) melalui teknologi RFID, JPJePlate menyumbang kepada jaringan pengangkutan yang lebih terhubung dan pintar. 

Inisiatif ini akan dilaksanakan ke atas kenderaan ZEV baharu termasuk kenderaan elektrik (EV) baharu. 

Bermula hari ini, pengeluar kenderaan boleh menempah JPJePlate bagi pihak pelanggan yang membeli ZEV baharu dan  JPJePlate tidak diwajibkan untuk kenderaan ZEV yang sudah berada di atas jalan.

Bagaimanapun, pemilik yang masih berminat boleh membuat tempahan seawal bulan November. 

Set JPJePlate ini boleh didapatkan pada harga RM98 merangkumi plat depan, plat belakang, pelekat cermin RFID dan penghantaran standard.

Menurut pihak JPJ, separuh tahun pertama 2024 sebanyak 12,850 unit EV didaftarkan berbanding 5,131 buah kenderaan untuk tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 150 peratus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here