Tesla ‘Giga Train’, kereta api berkuasa bateri elektrik pertama syarikat tersebut memulakan debut di Jerman.
Kereta api Giga itu membawa penumpang dari Stesen Erkner ke Tesla Sud, stesen yang terletak di kemudahan pemasangan syarikat, kira-kira 30km tenggara Berlin.
Buat masa ini kereta api tersebut boleh membawa 500 penumpang yang dilengkapi dengan 120 tempat duduk, ruang basikal dan sistem maklumat untuk penumpang, setiap Teslarati. Ia juga percuma untuk bukan sahaja pekerja Tesla, tetapi juga penumpang biasa.
Dijangkakan kereta api itu dapat mengangkut 4,500 pekerja berulang alik dari kilang berdasarkan tiga syif lapan jam. Lokasi henti tambahan akan ditambah sebaik sahaja pembinaan di kawasan itu siap.
Pengurus projek di Tesla, Theresa Eggler berkata pengangkutan ulang-alik kereta api Tesla menggunakan bateri elektrik dan ia sejajar dengan misi syarikat mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.
Pengenalan kereta api elektrik adalah pilihan yang bagus untuk pekerja dan orang awam bagi menggunakan pengangkutan yang lebih hijau.
“Kereta api itu dijangka menjimatkan 50 tan pencemaran karbon dioksida berbanding kereta api lain,” kata Eggler.
Tesla mendahului dalam inovasi hijau dan menyokong dasarnya. Apabila syarikat itu berdepan tindak balas terhadap penebangan pokok berhampiran Berlin untuk membina kilang Giga, syarikat melabur dalam program menanam lebih 1 juta pokok pada 2024 untuk membantu menggantikan kehilangan tersebut.
Ia juga terus menumpukan pada penjimatan kos penumpang melalui projek seperti program perkongsian perjalanan yang dilancarkan baru-baru ini di Tampa, yang mengangkut penumpang di sekitar beberapa hab berbeza dengan hanya USD2 (RM9).