Harga runcit RON97 dan diesel turun 15 sen

240

Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 15 sen bermula esok hingga 18 September depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON97 turun kepada RM3.25 seliter manakala harga runcit diesel turun kepada RM3.01 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan ringgit.

Jelasnya, sejak 8 Ogos lalu sehingga kini, kerajaan menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 22 sen.



“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global.

“Ia juga bagi menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

Bagi tempoh itu juga, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here