Mitsubishi Motors Malaysia buka tempahan Xpander Facelift, harga mula RM115k

107

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) membuka tempahan Xpander facelift pada harga mula RM115,00 dalam tempoh terhad, seiring bermulanya pengeluaran MPV tersebut.

Versi facelift berkenaan menerima naiktaraf pada bahagian luaran yang mana MPV itu masih mengekalkan bahasa rekaan Dynamic Shield.



Lampu utama LED kini mendapat bentuk ‘T’ menggantikan rekaan kiub empat segi sebelumnya. Gril depan kini lebih besar dan lebar yang didatangkan dengan warna hitam berbanding kemasan krom pada generasi sebelumnya.

Manakala, di bawahnya terletak gril radiator ‘honeycomb’ berwarna hitam lalu dipadankan dengan sepasang lampu kabus bulat bersama skid plat yang dinaiktaraf serta rekaan  bampar depan dan belakang baharu.

Lampu belakang turut menggunakan gaya bahasa rekaan ‘T-Shape’ dengan ciri LED yang kemudian dipadankan dengan spoiler berwarna hitam.

Selain itu, MPV tujuh kerusi itu didatangkan dengan rim aloi lebih besar bersaiz 17-inci dua tona warna. 

Masuk ke kabin, Xpander didatangkan dengan paparan multi info (MID) bersaiz 4.2 inci dan skrin infotainmen 9-inci bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

MPV segmen-B terlaris di pasaran tempatan itu masih menggunakan enjin 1.5 liter MIVEC DOHC yang menghasilkan kuasa 105PS @ 6,000rpm dan tork 141Nm @ 4,000rpm bersama transmisi 4-kelajuan automatik.

Pelanggan 500 pertama yang menempah dan mendaftarkan Xpander facelift menerusi pusat jualan online Mitsubishi akan menerima wagon Naturehike bernilau RM400.

VIDEO

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here