Pemandu bas murah hati kongsi angin sejuk dengan penunggang skuter

76

Cuaca panas terik menyebabkan seorang pemandu bas di bandar raya New Taipei membuka pintu kenderaan untuk berkongsi suhu penyaman udara dengan penunggang skuter, lapor laman berita MSNews semalam.

Pada 1 September lalu, seorang netizen memuat naik kejadian itu di platform Threads dengan kapsyen: “Orang Taiwan benar-benar sangat mesra.”

Dengan menyiarkan dua gambar tentang kejadian itu, pengguna tersebut menjelaskan bahawa dia dan rakannya sedang menunggu lampu merah ketika mereka menaiki skuter berbeza di Jalan Zhongping.



Secara tiba-tiba, bas di sebelah rakannya membuka pintu sehingga mengejutkan mereka.

Pemandu bas tersebut kemudian memberitahu bahawa dia bimbang penunggang skuter itu terpaksa berpanas.

Disebabkan itu, pemandu berkenaan memutuskan untuk membuka pintu bas supaya penunggang skuter turut dapat menikmati suhu sejuk daripada penyaman udara

Pemandu bas tersebut mendapat pujian daripada netizen kerana kebaikan yang ditunjukkannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here