99 unit Honda City, WR-V Special Edition khas buat pasaran Malaysia

281

Honda Malaysia memperkenalkan City dan WR-V Edisi Istimewa (SE) yang mana hanya dikeluarkan sebanyak 99 unit (setiap model) khas buat pasaran tempatan.

Bagi meningkatkan penampilan SUV kompak itu, ia didatangkan dengan lencana ‘Special Edition’ bersama spoiler depan, sisi dan belakang.

WR-V RS Special Edition dilengkapi dengan Perakam Video Digital (DVR), kemasan pada paip ekzos dan plat sill pintu serta pelapik ruang but belakang. 





WR-V Special Edition tersebut tersedia dengan warna badan Stellar Diamond Pearl pada harga RM107,900, tanpa kenaikan. 

Sehingga kini sebanyak 13,400 unit WR-V berada di jalan raya yang mana varian RS menyumbang sebanyak 53 peratus daripada jualan keseluruhan.

WR-V RS didatangkan dengan Honda Sensing dan menerima penarafan lima bintang bagi ujian ASEAN NCAP.  

HONDA CITY V SE

Ditawarkan pada varian V, City SE semakin sporty menerusi spoiler depan, sisi serta belakang bersama lencana ‘Special Edition’.

Ia kemudian dilengkapkan dengan DVR Honda, lampu kaki, kemasan krom pada bawah pintu dan pelapik lantai but.

Kesemua peralatan baharu berkenaan melengkapkan tawaran sedia ada pada City V misalnya lapan pembesar suara, keluasan kargo 519 liter, enam beg udara, konfigurasi lipatan kerusi belakang 60:40 dan Honda Sensing dengan lapan ciri keselamatan serta Walk Away Auto Lock.

City SE berkenaan tersedia dengan warna badan Platinum White Pearl pada harga RM94,900 dengan tambahan RM300 bagi warna putih mutiara.

Sejak debut di pasaran Malaysia pada 2001, City menjadi pilihan sedan segmen-B dengan jualan lebih daripada 450,000 unit.

Sepanjang tempoh berkenaan, City yang sudahpun masuk generasi kelima telah melalui pelbagai naiktaraf dan rekaan semula.

Sementara itu, City facelift diperkenalkan pada Ogos 2023 dengan jualan 26,200 unit sehingga kini.

Bagi pelanggan yang ingin melihat dengan lebih dekat versi SE tersebut boleh kunjungi pusat jualan bermula 12 September bagi model WR-V manakala City pula pada hujung bulan ini.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here