Lebih 23,000 rakyat Malaysia lalui pintu sempadan Perlis ke Thailand

53

Seramai 23,890 warga Malaysia direkodkan keluar ke Thailand melalui dua pintu sempadan negara di Perlis iaitu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar dan Wang Kelian sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia semalam.

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Talib berkata, jumlah itu bagi tempoh 12 hingga 15 September dengan ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.



“Jumlah ini dijangkakan berlaku peningkatan sehingga hujung cuti persekolahan,” katanya.

Khairul Amin mengingatkan warga Malaysia yang ingin bercuti ke negara jiran itu perlu memastikan dokumen perjalanan masih sah dan mengharapkan keprihatinan mereka untuk bersabar menghadapi kesesakan di pintu sempadan dalam tempoh cuti sekolah ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here