Tesla Cybertruck catat rekod kelajuan pengecasan, lebih 400kW di Eropah

36

Berapa pantas pengecasan semula Tesla Cybertruck?. Kami masih belum tahu dengan lebih tepat.

Tetapi, bateri kereta elektrik (EV) itu boleh mengendalikan kuasa lebih tinggi sehinggakan supercaj V4 pada depan boleh menyalurkan sehingga 600kW. Ia boleh dinaiktaraf menerusi kemas kini secara online (OTA).



Buat masa ini, pengecasan supercaj V4 disokong output sehingga 250kW dan boleh dikemaskini. Tetapi hujung tahun lalu Tesla mengesahkan pengecas V4 boleh mencapai sehingga 350kW.

Namun, baru-baru ini pengguna Cybertruck merekodkan pengecasan semula bateri pada kuasa 400kW. Ia dicapai dengan menggunakan pengecasan 600kW di Bratislava, Slovakia. 

Inisiatif berkenaan diketuai sekumpulan peminat Tesla yang berkongsi imej dan tangkap layar skrin atas talian. 

GUNA STESEN PENGECAS 600KW

Menurut grup Tesla Owners Slovakia o.z. di platform X, Cybertruck mencipta rekod dunia tidak rasmi dengan mencapai kemuncak kuasa pengecasan 404kW.

Ia dicapai menerusi Ejoin, syarikat Slovakia yang menawarkan pengecasan ultra pantas baharu di tengah Bratislava. 

Bahkan tiada siapapun sedia maklum atau tahu bahawa Cybertruck boleh mencapai kelajuan sedemikian. Waima Elon Musk mahupun kakitangan Tesla mengeluarkan kenyataan berkaitan output maksimum trak pikap elektrik berkenaan.

Ia merupakan penemuan dan pencapaian baru. Lebih terperinci, Cybertruck itu menggunakan pengecas bateri hampir dinyahcas sepenuhnya dan mencapai kuasa maksimum apabila ia mencecah 7 peratus.

Walaupun mencapai 99 peratus, ia terus dicas semula pada kuasa 32kW, yang masih angka yang tinggi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here