TVS Apache RR 310 rasmi lancar di India, harga RM13k

163

TVS Motor Company rasmi memperkenalkan Apache RR 310 pada harga INR2.75 lakh (RM13,927) dengan naiktaraf prestasi dan peralatan elektronik.

Sportbike berkenaan didatangkan dengan enjin 312.2cc 4-lejang penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 38PS @ 9,800rpm dan tork 29Nm @ 7,900rpm.



Menggunakan kotak gear 6-kelajuan dengan klac slipper, ia didatangkan dengan empat mod tunggangan iaitu Track, Sport, Urban dan Rain.

Selain itu, Apache RR 310 menerima kemas kini pada sistem intake udara bagi meningkatkan kecekapan bersama piston aluminium ringan baharu.

Rev enjin kini menghantar kuasa lebih tinggi dengan ‘bebas’ dan dipadankan dengan quickshifter dua arah sebagai pilihan tambahan.

Winglet aerodinamik diperbaharui bagi menghantar downforce maksimum dan kestabilan. Winglet berkenaan menghasilkan 3kg downforce, menekan tayar depan dengan kuat ke trek dan memastikan kawalan yang lebih baik semasa pecutan tinggi. 

Selain itu, tawaran kawalan kruise adalah yang pertama bagi segmennya bersama pelindung klac lutsinar, sistem pemantauan angin tayar dan Race-Tuned Dynamic Stability Control (RT-DSC).

RT-DSC menampilkan IMU 6D yang pertama dalam segmennya merangkumi ABS selekoh; kawalan traksi selekoh, kawalan kruise selekoh, kawalan wheelie, Slope Dependent Control dan kawalan angkat belakang.

Kawalan kruise di selekoh yang pertama dalam segmennya melaraskan kelajuan pelayaran motosikal berdasarkan sudut condong yang membolehkan tunggangan kruise dalam tempoh lebih lama.

Di samping itu, TVS turut menaiktaraf skrin TFT bersaiz 5-inci yang dilengkapi dengan ketersambungan pelbagai cara dan meringkaskan semua maklumat pada Aplikasi TVS Connect.

PILIHAN BUILD TO ORDER

TVS Apache RR 310 baharu didatangkan dengan dua varian dan tiga pilihan ‘build to order’ (BTO). Platform BTO TVS dimulakan pada 2021 yang mana pelanggan boleh menyesuaikan motosikal dengan dua kit BTO (Dynamic dan Dynamic Pro) dan satu pilihan warna.

Pengguna boleh memilih warna replika dan nombor perlumbaan dengan tambahan harga, misalnya liveri replika perlumbaan berharga INR 7,000 (RM354).

Kit Dynamic pula melibatkan peralatan suspensi boleh laras sepenuhnya dengan pramuatan, mampatan dan pelarasan lantunan redaman pada suspensi depan dan prabeban serta lantunan redaman pada monoshock belakang dengan pelbagai kebolehlarasan untuk keadaan tunggangan berbeza. 

Kit ini juga termasuk sistem pemantauan angin tayar dan rantai loyang kuning yang bukan sahaja meningkatkan rupa motosikal tetapi juga melindungi daripada karat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here