Dua warga China maut, Perodua Aruz dihempap pokok tumbang

65

Dua beranak yang merupakan warga China maut apabila sebatang pokok tumbang bersama dinding konkrit lalu menghempap Perodua Aruz yang dinaiki mereka di Lebuh Gereja, George Town, Pulau Pinang, pada petang Rabu.

Dalam kejadian pada jam 2.30 petang itu, mangsa dipercayai berada di dalam kereta yang diparkir di kawasan bangunan Pinang Peranakan Mansion.



Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Mahadzir Magribi terdapat tiga mangsa yang tersepit dalam kejadian tersebut.
 
“Seorang mangsa wanita berusia 52 tahun yang mengalami kecederaan ringan di kepala telah diserahkan kepada petugas perubatan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
 
Kesemua mangsa selesai dikeluarkan oleh pasukan Bomba pada jam 5.13 petang dan kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan jalan turut dibantu oleh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.
 
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan mangsa yang maut merupakan anak dan bapa yang mana mangsa wanita, Liu XinXin berusia 36 tahun manakala bapanya, Liu Zhu berusia 69 tahun.
 

Mangsa wanita berada di tempat duduk penumpang depan, manakala mangsa lelaki di tempat duduk belakang.

Difahamkan, kedua-dua mereka masuk ke dalam kereta yang diparkir di kawasan bangunan muzium yang merupakan tempat tumpuan pelancong. 

Pokok tersebut berada berdekatan dengan lokasi parkir bangunan tersebut dan pemeriksaan mendapati, pokok itu melekat pada struktur konkrit simen berkenaan turut runtuh bersama pokok yang tumbang lalu menghempap kereta. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here