Yamaha YZF-R1 dan YZF-R1M (2025) terima kemas kini winglet

168

Sudah 27 tahun Yamaha menggegarkan dunia permotoran dengan pengenalan generasi pertama R1.

Ia boleh dikatakan superbike paling berpengaruh sejak Suzuki GSX-R750 (1985) mengetengahkan enjin empat silinder dalam bingkai aluminium.

Yamaha YZF-R1

Kemas kini model 2025 di pasaran Amerika menunjukkan walaupun pasaran global untuk jentera sebegitu adalah bayangan kepada dirinya sendiri, Yamaha tidak berputus asa.



Tiada perubahan dilakukan pada enjin 998cc 4 silinder Crossplane (CP4) berkuasa 200PS.

Seperti sebelumnya ada dua pilihan varian iaitu model standard YZF-R1 dan versi lebih tinggi dan mahal YZF-R1M.

Kedua-duanya menerima winglet gentian karbon namun varian terendah menerima lebih banyak kemas kini.

Yamaha YZF-R1 (2025) kini dilengkapi dengan suspensi KYB 43mm boleh laras bersama tetapan mampatan dan lantunan secara berasingan bagi fork kiri dan kanan. 

Selain itu, superbike itu didatangkan dengan kaliper brek empat piston Brembo Stylema yang dipasangkan dengan master silinder Brembo baharu untuk agihan brek yang luar biasa.

Pemasangan winglet gentian karbon baharu tidak hanya menambah penampilan R1 yang ramping dan aerodinamik, tetapi juga menciptakan downforce tambahan untuk meningkatkan rasa di bahagian depan ketika membrek mahupun mengambil selekoh. 

Kemas kini lain pada R1 (2025) termasuklah tekstur pelapik pelana baharu yang didakwa meningkatkan cengkaman dan pada masa sama membolehkan penunggang mengalihkan berat badan dengan mudah ketika menunggang. Ia turut ditawarkan pada RIM.

YAMAHA RIM

Manakala R1M pula tampil berbeza dengan warna seragam khas, swingarm aluminium dan penggunaan gentian karbon penuh pada badan.

Dengan pengeluaran terhad, lencana nombor siri yang diukir pada R1M menjadikannya semakin eksklusif.

Prestasi lebih tinggi R1M ditingkatkan dengan penambahan suspensi Ohlins Electronic Racing (ERS) yang canggih.

Data dari IMU misalnya pecutan, sudut selekoh dan tekanan brek disalurkan ke unit kawalan suspensi yang berperanan menyesuaikan redaman depan dan belakang dengan cepat dan secara langsung bagi prestasi brek, pecutan dan selekoh yang optimum. 

Selain itu, rekod data GPS didatangkan standard pada YZF-R1M. Berapakah harga jualan?,:

  • R1 : USD 18,999 (RM79,558)
  • R1M : USD 27,699 (RM90,864)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here