Seorang bapa bertindak membakar Honda EX-5 yang diberikan kepada anaknya akibat sering keluar malam dan tidak mendengar kata.
Menerusi akaun TikTok kajol_marey, video pendek itu menunjukkan sebuah EX-5 yang sedang terbakar.
“Tak dengar, tak faham..Sebelum aku hilang kau, ini ubat dia aku bakar lagi senang. Lebih baik tak payah ada motor lagi senang..
“Ada motor jadi hantu, jadi setan kau. Ini buat budak-budak yang suka keluar malam, tak reti nak ikut cakap mak bapak. Mak bapak dah cakap macam-macam dengan kau, cakap elok-elok tapi kau tak faham. Ini ubat dia.
“Sebelum kau mampus kat tangan orang lain, kat jalan raya, kau mati lebih baik aku bakar. Ini punca-punca..,” kata perakam video.
@kajolmarey01 Aku dah hilang sabar #vidioviral #budakmotor #matrempit #tiktokviral #fyp #rxzmalaysia #ex5 #ex5malaysia #bakarmotor #fyp
Pada video kedua, lelaki berkenaan memohon maaf sekiranya tindakannya dianggap salah di mata pengguna media sosial.
Jelasnya, ada kalanya sebagai ibu bapa akan hilang sabar dan tindakan itu adalah cara baginya mendidik anak.
“Daripada saya hilang dia sekarang, takpa saya korbankan dulu motor yang pernah saya bagi dekat dia untuk pergi sekolah.
“Tapi dia bukan pakai untuk sekolah sahaja, takutlah kan benda-benda lain. Dua perkara yang aku paling takut…yang pertama kalau polis call encik anak encik dah ada kat dalam balai.
@kajolmarey01 maaf kan saya semua ….tapi #fyp #bakarmotor #ex5malaysia #ex5 #rxzmalaysia #tiktokviral #vidioviral #midiaviral #tikto #merempit #fy
“Ada kesalahan merempit, samseng jalanan dan sebagainya. Kedua paling takut polis call anak encik dah meninggal dunia ada di sekian tempat,” jelasnya menahan sebak.
Perkongsian bapa itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. Bahkan ada yang mengimbau kembali pengalaman sama ketika di usia muda dan menyokong tindakan itu.
“Betul bapak saya bakar MT09 saya waktu merempit dulu.. alhamdulillah sekarang dah besar saya merempit naik RIM.”
“Terbaik bang….keluar malam OK tapi jangan mat rempit.”
“Teringat arwah abah aku, dia kapak kan moto sprin aku haaaaa alhamdullilah masih ada ayah yang brutal 2024 ni, aku sokong lu bang.”
“Baik jual je bang. . Dapat jugak duit daripada membazir. . Tak baik bang membazir.”