Volkswagen AG (VW) dan rakan kongsinya yang tertua di China merancang untuk menutup kilang di China.
Pelan berkenaan sebagai tindak balas permintaan yang semakin menurun terhadap kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Kerjasama empat dekad syarikat itu dengan SAIC Motor Corp., sedang bersedia untuk menutup kilang di Nanjing pada tahun depan, menurut sumber.
Kemudahan yang memasang Volkswagen Passat dan Skoda itu memiliki kapasiti tahunan 360,000 kenderaan.
Susulan tindakan itu, VW akan memindahkan pengeluaran sedan Passat dari Nanjing ke kilang berhampiran di wilayah timur Jiangsu, kata sumber.
Buat masa ini, kesahihan masa pemindahan masih belum diketahui, sama ada penutupan sepenuhnya atau menjual kilang berkenaan kepada pihak lain.
Pemindahan pekerja di kilang Nanjing ke kilang Yizheng SAIC-VW akan dimaklumkan kelak yang mana kemudahan itu pada masa ini memasang sedan Lavida terlaris jenama itu.
VW dan SAIC juga dalam usaha memulihkan jualan Skoda. Jenama itu hanya membentuk 1 peratus daripada jumlah jualan SAIC-VW manakala pada 2018, ia menyumbang 17 peratus.
Bloomberg News pertama kali melaporkan rancangan kedua-dua syarikat itu untuk menutup dua kilang Nanjing dan Ningbo.
VW enggan mengulas mengenai spekulasi tersebut. VW agak lama mengekalkan posisi sebagai pengeluar terlaris di China, berdepan kemerosotan jualan dan bekerjasama dengan SAIC serta rakan kongsi lain seperti Xpeng untuk membawa model baharu yang diharapkan akan lebih berdaya saing.