Ford Kuga terbakar naik Genting Highlands

51

Pengguna TikTok berkongsi sebuah Ford Kuga terbakar di bahu jalan ketika mendaki Genting Highlands. 

Menerusi video yang dikongsi akaun @bobby_fuego itu menunjukkan bahagian depan SUV berwarna hitam tersebut hangus terbakar di bahagian depan. 



Dipercayai pemandu Ford Kuga berkenaan memandu laju ketika memandu naik bukit Genting Highlands tersebut.

“Time ni tengah naik. Memang speed dia tak leh bincang masa dia konar potong sebelah,” tulis perakam di bahagian komen. 

Tambahnya, ketika melalui jalan tersebut kenderaan tersebut telah meletup dan keadaan jalan sedikit sesak akibat insiden.

 

@bobby_fuego

Perasan gak tadi dia laju time naik. Mungkin tak alert temp dah meroket. Bertabah lah owner

♬ orijinal ses – Fuaad

“Dia dah meletup dulu tu. Time lalu tu memang pasrah. Belah lane sebelah pun naik seram. Tu yang di honnya.

“Jangan di tekan minyak sampai rpm naik kaw-kaw. Slow and steady je. Biar pressure rpm maintain macam bawa jalan mendatar. Confirm radiator selamat. Enjin tak overheat. Kata orang. Biar slow. Asal sampai,” tulisnya. 

Pada 2017, Ford memanggil balik model Kuga susulan isu keselamatan yang mana berisiko terbakar pada bahagian enjin.

Model yang terlibat adalah merupakan keluaran 2012 hingga 2014 melibatkan enjin 1.6 liter Ecoboost turbo 4-silinder.

Masalah yang dikenalpasti adalah disebabkan kurangnya kitaran coolant, yang boleh mengakibatkan enjin menjadi terlebih panas.

Ia boleh menyebabkan kepala silinder retak, mengakibatkan kebocoran minyak. Sekiranya minyak berkenaan terkena permukaan enjin yang panas, berisiko tercetusnya kebakaran.

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here