Seorang wanita hampir memecahkan cermin sebuah Perodua Myvi gara-gara ‘double park’ (parkir berlapis).
Menerusi rakaman video yang dikongsi di TikTok, dipercayai wanita yang memegang sebiji bata itu hilang sabar dan memberi amaran kepada pemandu agar mengalihkan kenderaanya sebelum memecahkan cermin kereta tersebut.
“Aku kira sampai tiga ye, siapa yang tidak keluarkan kereta Myvi ini aku baling,” katanya.
@amiralip097 PART 1 :KERETA KENA BLOCK. KESALAHAN ORANG JANGAN MENJADIKAN KITA TURUT BERSALAH. KADANG BILA EMERGENCY FIKIRAN KITA TIDAK DAPAT FIKIR DENGAN BAIK.
Bagaimanapun, individu yang berada berhampiran cuba meredakan keadaan dengan meminta wanita itu bersabar.
Wanita tersebut hanya memberi amaran dan tidak memecahkan cermin Myvi tersebut. Dia bertindak sedemikian kerana perlu menjemput anaknya yang baru bersalin.
Menerusi video kedua, wanita berkenaan pulang bersama anak perempuan serta bayi menaiki sebuah kereta p-hailing.
@amiralip097 PART 2 :KASIH SAYANG SEORNG IBU. BILA KITA PERMUDAHKN URUSAN ORNG.ALLAH AKAN PERMUDAHKN URUSAN KITA..Terpaksa anak dia balik naik grab😫..sebak tengok🥲
Pada ruangan komen, seorang pengguna TikTok berkongsi wanita berkenaan melahirkan menerusi pembedahan caesarean.
Rata-rata netizen ingin mengecam tindakan parkir berlapis yang menyusahkan orang ramai terutamanya apabila berdepan dengan kes kecemasan.
“Dik…tolongla up video owner kereta tu kalau ada… geram aku lah.”
“Tolongla kereta kalau double park tu dia punya gear tu lepas break lepas..senang orang nak tolak..ini menyusahkan.”
“Kalau aku dekat tempat makcik tu memang mengamukla, emergency cases kot!! Dia nak anak dia balik dari hospital dalam keadaan selesa kalau naik kereta sendiri tapi ni terpaksa naik grab.”