Produksi VW Polo ditamatkan di Eropah, fokus kepada SUV elektrik

204

Setelah 40 tahun, Volkswagen akhirnya menamatkan produksi model hatchback popular VW Polo di Pamplona, Sepanyol.

Fasiliti tersebut akan diubahsuai untuk memberikan tumpuan kepada pemasangan dua buah model kenderaan elektrik (EV) bersaiz kecil.

Walaupun Polo merupakan salah satu model terpenting buat VW, prestasi jualan pula direkodkan menurun setiap tahun.



Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, VW sekadar menjual lebih 90,000 unit Polo, cukup untuk meletakkan model tersebut ditempat kelapan antara kereta paling laris terjual di Eropah.

Sepanjang 40 tahun, kilang tersebut telah berjaya menghasilkan 8.4 juta unit Polo sebelum ia berjaya dipintas oleh model crossover T-Roc.

Volkswagen akan terus memasang model Polo di sebuah lagi fasiliti yang terletak di Afrika Selatan.

Menurut laporan Auto News, dua buah model EV kecil yang akan dipasang di kilang Sepanyol bermula 2026 ialah VW ID2all SUV dan versi yang telah ditukarkan lencana kepada Skoda Epiq.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here