“Ambil gambar dan viralkan modifikasi motor tidak ikut spesifikasi,” KP Kedah

261

Polis akan mengesan dan mengambil tindakan terhadap kenderaan yang sengaja diubahsuai dan tidak mematuhi spesifikasi khususnya motosikal yang digunakan untuk lumba haram dan merempit.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata justeru itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang awam sekiranya ternampak kenderaan tersebut di jalan raya agar memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Gambar hiasan

Polis mengalu-alukan orang ramai mengambil gambar dan memuatnaik ke media sosial lalu ditularkan. 



“Kami nak keseluruhan warga Kedah, sila ambil gambar di jalan raya yang nampak atau tengok ubahsuai yang dibuat ini…kenderaan tak ikut spesifikasi…tayar tak ikut spesifikasi, brek dibuang, karburetor ditambah untuk tujuan merempit.

“Polis akan kesan hingga ke rumah. Saya tegaskan dan saya dah arahkan keseluruhan daerah melalui ketua penguatkuasaan trafik, semua ketua bahagian dan semua jabatan terlibat di Kedah (untuk bekerjasama),” katanya.

Sementara itu, beliau menambah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah melupuskan sebanyak 330 komponen rampasan melibatkan 242 ekzos, 77 absorber, lima buah karburetor dan enam lain-lain item pada Selasa.

Jelasnya, alat ganti tersebut telah mendapat arahan pelupusan bawah Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah dengan Kaedah Pelupusan menggunakan jentera penggelek.

“Proses pelupusan dilaksanakan mengikut piawaian untuk memastikan kepatuhan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan,” jelas beliau.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here