Skandal rasuah: bekas menteri pengangkutan Singapura mengaku bersalah

12

Bekas menteri pengangkutan Singapura S Iswaran mengaku bersalah atas tuduhan menerima sogokan selepas pihak pendakwaan meminda dakwaan terhadapnya, lapor Bloomberg.

Iswaran mengaku bersalah selepas tuduhan pindaan dibacakan kepadanya pagi ini.

Pihak pendakwaan meneruskan empat tuduhan atas kesalahan memperoleh barangan berharga sebagai penjawat awam dan satu tuduhan menghalang keadilan, dengan 30 tuduhan lain turut dipertimbangkan.



Iswaran, yang meletak jawatan pada Januari, pada mulanya didakwa atas 35 tuduhan termasuk rasuah.

Dia didakwa memperoleh lebih SGD403,000 dalam bentuk barangan mewah, termasuk tiket persembahan muzikal, tiket perlawanan bola sepak di United Kingdom dan tiket ke Grand Prix Formula 1 Singapura.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here